jangan biarkan bahagia itu berlalu.. 
jangan biarkan derita semalam menghalang kita untuk bahagia..
apalah makna kita jumpa andai untuk berpisah??

disaat aku memerlukanmu disisi..
kau mula melangkah untuk pergi..
disaat rindu itu sering bertandang untukmu..
kau mula menjauhkan diri..
disaat kasih sayang tertumpah untukmu..
kau mula tutup hatimu untukku..
disaat cinta mula berputik..
kau siraminya dengan baja airmata..

andai kau tahu..
tiap hariku sepi tanpamu..
setiap detikku berlalu begitu indah bersamamu..
setiap saatku tidak bermakna tanpa kehadiranmu...

tapi..
jika hari esok 
kau tega melepaskanku..
aku rela walau terpaksa..
aku hanya ingin menumpang kasih 
menagih sayang...

jika esok aku bangun tanpa senyuman..
aku sanggup walau itu sangat menyakitkan..
demi kamu aku setia menantikannya..

terima kasih kerana smsku setiap pagi sebelum aku bangun tdo..
terima kasih kerana buat aku tersenyum selepas bangun tdo..
terima kasih kerana beri perhatian padaku..
terima kasih kerana sentiasa tanya khabarku..
terima kasih kerana sentiasa call aku sebelum aku tido..
TERIMA KASIH  kerana membuat hari-hari ku begitu berharga..

maafkan aku andai kata-kataku menyakitkanmu..
maafkan aku andai tutur bahasaku tidak menghormatimu..
maafkan aku andai aku membuatkan kau bersedih..
maafkan aku andai aku membuat kau membenciku..
maafkan aku andai aku tidak berupaya membuat kau bahagia..

tapi..
ketahuilah..
aku perlukan kasih sayangmu..
aku bukan menagih simpati..
tp sekadar ingin meluah apa yg terpendam.,
dan apa yg mungkin kau tidak rasai..

~damia adila~

Comments

thanx syg...i'm touched for the happiness that you bring me and the laughter that we share together..hanya Allah yg tahu betapa mama sygkan Mia..insyaAllah..biarlah ajal yg memisahkan kita..

Popular posts from this blog

sepi itu aku..